Menaip Pertama Kali Di Blog Baru
Tahun 2020..
I mula dengan langkah baru.
Masih lagi rasa bertatih di bumi Allah.
Selepas 10 tahun bergelar Suri Rumah yang bekerja sebagai Freelance Graphic Designer.
Baru I terasa nak menghargai diri sendiri.
Lama sungguh perjalanan .
Terasa lama, hakikatnya itulah bayaran untuk sebuah pengalaman.
Tahun 2020, I mula dengan langkah baru, masih meneruskan tugas sebagai Freelance Graphic Designer demi mencari sesuai spagetti dan untuk menyara kehidupan seorang anak :)
Cuma tahun ini, matlamat sudah jadi lain.
I nak grow. I nak love myself. I nak achieve something dan I tak nak berada ditahap yang lama.
I nak lebih hargai diri sendiri. I nak letak value yang tinggi pada hasil kerja tangan I.
Bila nak grow, perkara yang pertama kena buat adalah berani untuk berubah.
Percayalah, ianya tidak mudah tetapi yang paling penting adalah langkah pertama dan kena konsisten.
I cuba dan cuba dan cuba terus cuba sehingga I berjaya untuk create new habit yang bolehkan I grow.
Nanti I share lagi :)

